Rabu, 4 Mac 2015

Kenapa orang yg sudah mati memilih sedekah Sebagai amalannya Jika sekiranya dihidupkan semula?

Dan Mengapa tidak pula memilih buat umrah atau puasa , sekiranya dia dikembalikan hidup semula kedunia.

Sebagai mana Allah menceritakan di dalam Al Quran seperti mana berikut

........wahai tuhanku ! Alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke satu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah .....

Tidak menyebut oleh orang yg mati akan sedekah melainkan besar kesan sedekah yg telah dilihatnya selepas dia mati,
oleh itu perbanyakanlah sedekah maka sesungguhnya orang yg beriman di hari kiamat dapat berteduh di bawah bayang hasil sedekahnya.

Dan tolong sedekah kepada org yg telah meninggal dunia dikalangan kamu , sesungguhnya mereka beranggan angan nak balik ke dunia dengan tujuan hendak bersedekah dan menjadi org soleh, oleh itu tolong angan angan mereka yang telah mati dengan  melatih anak kamu bersedekah.

Sebaik baik sedekah yg boleh kamu lakukan sekarang ialah sebarkan kalam ini dgn niat sedekah kerana setiap org yg mengamalkannya dan mengajar kepada generasi akan datang, pahalanya kita akan dapat sama.